Sunday, October 18, 2009

Spontan (Astro Warna)..



Korang pernah dengar tak tajuk rancangan tv ni.... Bagi yang tak pernah dengar aku nak cerita sikit la tentang rancangan tv ni. Kalau dengar tajuk rancangan ni pun kita dah boleh agak apa isi kandungan rancangan ni, mana tak nya dah sah-sah dia tulis spontan, kopem la semua yang mereka lakukan secara spontan. Tapi semua yang mereka lakukan adalah lawak spontan. Memandangkan yang jadi pelawak2 tu tergolong dari pelakon-pelakon komedi terkenal contohnya, Afdlin Shauki, Din Beramboi, Douglas Lim, Zizan, Nabil, dan lain2.

Rancangan tv ni aku tak tau tayangan dia bila sebab aku download dari internet ja rancangan tv ni, best gak la layan gelak. Memang merapu tambah-tambah din beramboi. Dalam rancangan ni, dia ada pemain tetap iaitu Sharifah Shahera sebagai host, Afdlin, Din beramboi, Zizan, dan Douglas sebagai pemain. Tiap2 minggu akan ada sorang tetamu undangan contohnya Nabil, Rashid salleh, Radhi khalid, Que Haidar, Adibah nor, Along, dan lain-lain.. Dalam rancangan ni ada 4 slot. Slot-slot ni berubah2 tiap2 minggu. Contoh slot-slot yang ada dalam rancangan spontan ni adalah, sketsa 2 ayat, skrip rabak, pemberita berkepala tiga, demonstrasi, beku, alih suara dan lagu untukmu.

Slot yang aku suka adalah slot demonstrasi ngan alih suara. Memang best, kelakar gila. Untuk slot demonstrasi, ada 3 org pemain, pemain A akan duduk didepan manakala pemain B akan duduk dibelakang pemain A berfungsi sebagai tangan pemain A. Pemain C kira macam tukang bercakap la ngan pemain A. Macam2 benda leh jadi time ni, mana taknya tangan ngan badan tak sekali.. hahahahahaha... memang best. Korang kena tengok. Untuk slot Alih suara, akan ada 3 orang pemain juga, tapi tak ada watak. Semua pandai2 la ambik watak masing2. Video akan dimainkan tanpa suara, jadi pemain2 ni la yang akan alih suara... hahahaha memang lawak.

Aku syorkan korang tengok la cerita ni, kalau tak silap aku dah ada 19 episod. Kalau korang nak download dari internet aku ada link dia, aku ambik dari www.syok.org. Bagi sesapa yang tengah bosan atau tensen, boleh la layan kalau nak release tensen korang tu. Gelak sorang-sorang. Bagi yang tak pernah tengok lagi, aku letak la 1 episod untuk korang. Kalau korang nak episod-episod yang lain dan korang malas nak masuk syok, korang bleh la ckp kat aku... aku leh postkan link kat korang...

Episod 18:

6 comments: