"PUTRAJAYA: Seorang kakak disyaki sanggup bersekongkol dengan dua adik lelaki menjadikan pangsapuri disewanya di sini sebagai ‘syurga seks’ bersama teman masing-masing.
Lebih memalukan, si kakak berusia 30-an yang masih berstatus ‘anak dara’ terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks dan tidur bersama pasangannya berusia 50-an sejak lebih sebulan lalu dengan alasan tidak berkemampuan untuk berkahwin bersama lelaki terbabit.
Perbuatan tidak bermoral tiga beradik yang dipercayai dahaga seks itu terbongkar selepas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerima aduan perlakuan seks bebas membabitkan empat wanita termasuk tiga gadis bawah umur bersama lapan lelaki yang berusia 15 hingga 50 tahun di pangsapuri terbabit.
Sebelum serbuan dilakukan beberapa hari lalu, pegawai penguat kuasa Jawi yang mengintip rumah terbabit mendapati hanya lampu di ruang tengah bernyala, manakala ketiga-tiga bilik tidur gelap lalu mengetuk pintu rumah itu, kira-kira jam 12 tengah malam.
Lebih lima minit kemudian pintu dibuka seorang lelaki dipercayai adik wanita terbabit yang berusia 17 tahun dalam keadaan berpakaian kemas, manakala tiga lagi rakannya duduk di ruang tamu.
Penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan kemudian mengetuk bilik tengah sebelum dibuka seorang lelaki berusia 50-an, manakala pasangannya yang dipercayai penyewa rumah berkenaan berbaring di atas katil dan selamba mengakui mereka belum berkahwin.
Pemeriksaan dalam bilik belakang pula mendapati tiga lelaki berada di dalamnya sebelum menemui dua gadis bawah umur bersembunyi dalam almari, manakala seorang lagi gadis bawah umur menyorok dalam bilik bersebelahan.
Gadis terbabit yang masih bersekolah mendakwa terpaksa menyembunyikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa, seterusnya memalukan keluarga mereka.
Difahamkan, empat wanita dan lapan lelaki terbabit dipercayai merancang melakukan kegiatan tidak bermoral yang dipercayai pernah dilakukan mereka sebelum ini.
Kegiatan terbabit didedahkan sumber Jawi yang menerima aduan daripada penghuni pangsapuri berkenaan mengenai kegiatan tidak bermoral itu yang berlanjutan sejak beberapa bulan lalu.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pangsapuri itu disewa wanita terbabit yang bekerja di sebuah syarikat swasta dan didiami bersama dua adik lelakinya........." (nak selebihnya baca kat myMetro).

Huhuhuhuh... memang projek besar la ni... apa la nak jadi ngan org melayu kita sekarang ni. Betul la apa yang mak ayah aku selalu cakap kat aku.. "Along buat perangai elok- elok, adik suka tiru perangai abang dia. Kalau buat perangai tak elok nanti adik ikut". Yang tambah tak bleh blah tu.. ada gak gadis bawah umur yang masih belajar join sekali.... kesian-kesian... Pegawai agama datang korang nak menyorok... time korang buat tu tak ingat Allah pulak. Allah maha mengetahui. Takut ngan manusia ja, tapi ngan Allah tak takut pulak.
Alasan yang keluar dari mulut perempuan tu memang tak boleh diterima. Pegawai agama pun terkejut dengar alasan dia yang berbunyi:
"Selain itu, katanya, beliau terkejut apabila wanita yang menyewa rumah berkenaan mengakui terpaksa melakukan hubungan terlarang dengan pasangannya kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk mendirikan rumah tangga. "
Alasan tak kukuh langsung.. nak guna banyak duit ke kalau kahwin?. Buat ala kadar dah la, tak payah buat kenduri besar-besar pun. Kalau nak buat kenduri cam artis memang la tak mampu. Dah la tu, bukan laki yang umur 50-an tu yang cakap, perempuan tu sendiri yang cakap. Hahahaha.. lawak-lawak... donia-donia.....
No comments:
Post a Comment