Friday, October 23, 2009

Jom Edit Gambar...



Hobi aku masa lapang adalah mengedit gambar... aku memang suka edit-edit gambar ni, tak kira la potrait ka, landskap ka, dan apa-apa saja yang berkaitan gambar. Jadi aku nak kongsi la skit ilmu-ilmu yang aku ada bagi mereka yang nak edit gambar. Aku selalu guna Adobe Photoshop, jadi sapa-sapa yang ada bagusla. Bagi yang takde korang leh download dari tenet. Aku ada jumpa link untuk Adobe Photoshop CS4, baru tu.. aku pun guna Adobe Photoshop CS3 ja.

Apa yang aku nak kongsi dalam post hari ni adalah, bagaimana nak gunakan curve. Apa fungsi curve ni? Curve ni adalah benda paling senang lam mengedit gambar, korang guna mouse ja tarik2 line sampai korang rasa puas hati ngan gambar korang tu. Langkah-langkah yang perlu korang buat adalah:

1) Open la gambar yang korang nak edit tu. Bila dah open, korang jangan lupa copy gambar tu. Bukan apa mana tau time edit tu gambar tu rosak, korang ada backup.

2) lepas dah copy gambar tu, jorang pergi kat Image > Adjustment > Curves. Kalau susah sangat korang tekan je CTRL+M, lagi cepat... hehehehe..

3) lepas korang dah tekan CTRL+M, dia akan kluar window curves. Akan ada garis selintang korang main2 la ngan garis-garis tu sampai korang rasa puas hati ngan gambar tu. untuk dapatkan gambar yang best korang buat la dua lekuk kat garis tu jadi cam S. Mesti korang puas hati.

4) Bila dah puas hati, korang leh la save gambar tu.. SELAMAT MENCUBA!!!!

Contoh gambar-gambar yang aku edit gunakan curves:
SEBELUM

Sunday, October 18, 2009

Spontan (Astro Warna)..



Korang pernah dengar tak tajuk rancangan tv ni.... Bagi yang tak pernah dengar aku nak cerita sikit la tentang rancangan tv ni. Kalau dengar tajuk rancangan ni pun kita dah boleh agak apa isi kandungan rancangan ni, mana tak nya dah sah-sah dia tulis spontan, kopem la semua yang mereka lakukan secara spontan. Tapi semua yang mereka lakukan adalah lawak spontan. Memandangkan yang jadi pelawak2 tu tergolong dari pelakon-pelakon komedi terkenal contohnya, Afdlin Shauki, Din Beramboi, Douglas Lim, Zizan, Nabil, dan lain2.

Rancangan tv ni aku tak tau tayangan dia bila sebab aku download dari internet ja rancangan tv ni, best gak la layan gelak. Memang merapu tambah-tambah din beramboi. Dalam rancangan ni, dia ada pemain tetap iaitu Sharifah Shahera sebagai host, Afdlin, Din beramboi, Zizan, dan Douglas sebagai pemain. Tiap2 minggu akan ada sorang tetamu undangan contohnya Nabil, Rashid salleh, Radhi khalid, Que Haidar, Adibah nor, Along, dan lain-lain.. Dalam rancangan ni ada 4 slot. Slot-slot ni berubah2 tiap2 minggu. Contoh slot-slot yang ada dalam rancangan spontan ni adalah, sketsa 2 ayat, skrip rabak, pemberita berkepala tiga, demonstrasi, beku, alih suara dan lagu untukmu.

Slot yang aku suka adalah slot demonstrasi ngan alih suara. Memang best, kelakar gila. Untuk slot demonstrasi, ada 3 org pemain, pemain A akan duduk didepan manakala pemain B akan duduk dibelakang pemain A berfungsi sebagai tangan pemain A. Pemain C kira macam tukang bercakap la ngan pemain A. Macam2 benda leh jadi time ni, mana taknya tangan ngan badan tak sekali.. hahahahahaha... memang best. Korang kena tengok. Untuk slot Alih suara, akan ada 3 orang pemain juga, tapi tak ada watak. Semua pandai2 la ambik watak masing2. Video akan dimainkan tanpa suara, jadi pemain2 ni la yang akan alih suara... hahahaha memang lawak.

Aku syorkan korang tengok la cerita ni, kalau tak silap aku dah ada 19 episod. Kalau korang nak download dari internet aku ada link dia, aku ambik dari www.syok.org. Bagi sesapa yang tengah bosan atau tensen, boleh la layan kalau nak release tensen korang tu. Gelak sorang-sorang. Bagi yang tak pernah tengok lagi, aku letak la 1 episod untuk korang. Kalau korang nak episod-episod yang lain dan korang malas nak masuk syok, korang bleh la ckp kat aku... aku leh postkan link kat korang...

Episod 18:

Tuesday, October 13, 2009

Bisness adik-beradik....

Bangun ja pagi ni aku terus buka webpage harian metro. Aku pun klik kat bahagian berita utama... aku terpandang la satu artikel bertajuk "Projek tiga beradik". Disebabkan internet UIA yg kurang laju... tajuk ja yg kuar dulu... aku pun terpikir la, ape yg bisness derang buat sampai leh masuk berita utama lam metro. Baru nak puji tetiba load cerita dia.... terkejut aku, bukan macam yg aku bayangkan.. Mari kita baca skit apa yang harian metro tulis.

"PUTRAJAYA: Seorang kakak disyaki sanggup bersekongkol dengan dua adik lelaki menjadikan pangsapuri disewanya di sini sebagai ‘syurga seks’ bersama teman masing-masing.

Lebih memalukan, si kakak berusia 30-an yang masih berstatus ‘anak dara’ terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks dan tidur bersama pasangannya berusia 50-an sejak lebih sebulan lalu dengan alasan tidak berkemampuan untuk berkahwin bersama lelaki terbabit.

Perbuatan tidak bermoral tiga beradik yang dipercayai dahaga seks itu terbongkar selepas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerima aduan perlakuan seks bebas membabitkan empat wanita termasuk tiga gadis bawah umur bersama lapan lelaki yang berusia 15 hingga 50 tahun di pangsapuri terbabit.

Sebelum serbuan dilakukan beberapa hari lalu, pegawai penguat kuasa Jawi yang mengintip rumah terbabit mendapati hanya lampu di ruang tengah bernyala, manakala ketiga-tiga bilik tidur gelap lalu mengetuk pintu rumah itu, kira-kira jam 12 tengah malam.

Lebih lima minit kemudian pintu dibuka seorang lelaki dipercayai adik wanita terbabit yang berusia 17 tahun dalam keadaan berpakaian kemas, manakala tiga lagi rakannya duduk di ruang tamu.

Penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan kemudian mengetuk bilik tengah sebelum dibuka seorang lelaki berusia 50-an, manakala pasangannya yang dipercayai penyewa rumah berkenaan berbaring di atas katil dan selamba mengakui mereka belum berkahwin.

Pemeriksaan dalam bilik belakang pula mendapati tiga lelaki berada di dalamnya sebelum menemui dua gadis bawah umur bersembunyi dalam almari, manakala seorang lagi gadis bawah umur menyorok dalam bilik bersebelahan.

Gadis terbabit yang masih bersekolah mendakwa terpaksa menyembunyikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa, seterusnya memalukan keluarga mereka.

Difahamkan, empat wanita dan lapan lelaki terbabit dipercayai merancang melakukan kegiatan tidak bermoral yang dipercayai pernah dilakukan mereka sebelum ini.

Kegiatan terbabit didedahkan sumber Jawi yang menerima aduan daripada penghuni pangsapuri berkenaan mengenai kegiatan tidak bermoral itu yang berlanjutan sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pangsapuri itu disewa wanita terbabit yang bekerja di sebuah syarikat swasta dan didiami bersama dua adik lelakinya.........
" (nak selebihnya baca kat myMetro).

Huhuhuhuh... memang projek besar la ni... apa la nak jadi ngan org melayu kita sekarang ni. Betul la apa yang mak ayah aku selalu cakap kat aku.. "Along buat perangai elok- elok, adik suka tiru perangai abang dia. Kalau buat perangai tak elok nanti adik ikut". Yang tambah tak bleh blah tu.. ada gak gadis bawah umur yang masih belajar join sekali.... kesian-kesian... Pegawai agama datang korang nak menyorok... time korang buat tu tak ingat Allah pulak. Allah maha mengetahui. Takut ngan manusia ja, tapi ngan Allah tak takut pulak.

Alasan yang keluar dari mulut perempuan tu memang tak boleh diterima. Pegawai agama pun terkejut dengar alasan dia yang berbunyi:

"Selain itu, katanya, beliau terkejut apabila wanita yang menyewa rumah berkenaan mengakui terpaksa melakukan hubungan terlarang dengan pasangannya kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk mendirikan rumah tangga. "

Alasan tak kukuh langsung.. nak guna banyak duit ke kalau kahwin?. Buat ala kadar dah la, tak payah buat kenduri besar-besar pun. Kalau nak buat kenduri cam artis memang la tak mampu. Dah la tu, bukan laki yang umur 50-an tu yang cakap, perempuan tu sendiri yang cakap. Hahahaha.. lawak-lawak... donia-donia.....



Konvo 25....


Baru2 ni UIA baru ja abis hari konvokesyen. Ramai membe aku yg dah grad datang. Terharu dan sedih sebab aku tak leh join derang konvo. Apa2 pun aku ucapkan tahniah kepada semua membe2 aku yg dah grad. Aku tumpang bangga dan gembira. Tahun depan aku plak konvo. Korang jangan lupa dtg tengok aku... hahahaha (kalau korang tak sibuk la). Kalau korang dtg jangan lupa bawa hadiah. Konvo tahun ni tak leh nak kasi hadiah sebab ramai yg grad... pokai aku kalau bagi hadiah kat semua org. Video ni ja lah hadiah aku kat korang semua. Aku harap korang suka la ngan video ni, ikhlas untuk korang semua. Bagi individu yg tak dak dlm video ni.. korang jangan risau, aku tetap ingat kat korang cuma lam FaceBook korang tak upload gambar korang, kalau tak mesti gambar2 tu dah masuk lam ni. Terutama budak laki... mana gambar korang woi!!!... aku nak gak tengok gambar grad korang walaupun aku tak grad lagi. Share2 la gambar tu.. takkan simpan kot.
Aku pada mulanya nak upload kat FaceBook ja video ni, tapi FaceBook tak bagi.... sian kat aku. Aku pun tak tau kenapa FaceBook mencemburui aku. Walau apa pun aku tetap berusaha nak upload gak video ni. Lepas aku tengok Am ngan ada membe sekolah lama aku buat blog sendiri, aku pun dapat idea ngan membuat blog sendiri dan upload apa hasil kerja yg aku buat. Jadi aku harap korang suka la ngan video ni dan bagi membe2 aku yg xdak gambar dia lam ni, korang leh ckp kat aku, aku leh edit balik video ni masukkan gambar korang jangan risau. Aku rasa cukuplah takat ni... aku bukan pandai karang pun, BM penulisan dapat teruk dulu. Sekian Wassalam....